Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rakyat di negara ini perlu bersedia sekiranya tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti kebiasaan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilaksanakan untuk tempoh yang lebih lama bagi mengelakkan penularan semula wabak koronavirus (Covid-19).
Menurutnya, ia mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan sebelum dapat betul-betul memastikan penularan wabak ini diatasi 100 peratus.
Beliau berkata, tempoh yang lama ini juga selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya negara-negara dunia tidak menamatkan PKP terlalu awal.
"Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk bertarawih. Jadi bertarawihlah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa.
"Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama," katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas Covid-19 yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen hari ini.-Sinar Harian
If MCO extend again. Many people will be affected. Business owners, daily wage earners, and others.
We should play our part. Stay at home, Only go out if necessary. We can stop this virus by stay at home. If no infection No virus. Stop-go out spreading virus.
If we go out remember to wash our hand or use hand sanitizer. Wear Masks when go out . Hygiene is very important.
#stayathome #Endlockdown #Endcovid-19 #Byecorona
No comments:
Post a Comment